Tuesday, November 6, 2007

Task & Clues

Below are the clues and tasks that require all the teams to be completed. they need to complete a single task in order to proceed to the next task.

Bendera NegaraKu Tercinta


Lakarkan bendera Malaysia dengan memahami setiap unsur yang terdapat pada bendera Malaysia. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melakar bendera Malaysia menggunakan perisisan yang bernama “paint”. Untuk melaksanakan tugasan ini, pergi ke Check Point (Bendera NegaraKu tercinta). Gunakan peta sebagai panduan untuk mencari check point ini. Tugasan hanya dikira selesai setelah semua ahli kumpulan dapat menyiapkan lakaran bendera Malaysia tersebut. Berikan setiap maksud warna bendera Malaysia. Anda boleh pergi kemana-mana makmal computer yang ada dengan menggunakan internet untuk mencari maksud tersebut.
Hint: check point Bendera NegaraKu Tercinta dan gunakan buku panduan yang diberi


Bendera Kolam

Salah satu keunikan Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada melayu, cina, India serta pribumi sabah dan Sarawak. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Mengeratkan hubungan siraturahmin antara kaum di Malaysia menjadi satu kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi memahami budaya masyarakat India, anda dikehendaki menyediakan kolam ialah salah satu budaya yang diamalkan ketika menyambut deepavali oleh masyarakat India. Sediakan satu kolam yang berbentuk bendera Malaysia menggunakan beras berwarna yang disediakan. Sediakan kolam dengan menggunakan sepenuhnya beras berwarna tersebut. Tugasan dikira tidak lengkap sekiranya masih terdapat baki beras berwarna. Cari maksud kolam dengan menggunakan internet.
Hint: check point bendera kolam berpandukan peta yang diberi.

5 Perdana Menteri

Tunku Abdul Rahman merupakan bapa kemerdekaan Malaysia. Kita seharusnya menghargai perjuangan beliau bersama 4 lagi Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa pada kita. Anda dikehendaki pergi ke check point (5 perdana menteri) dengan berpandukan peta yang diberi. Pilih salah satu komputer, buka “folder” yang bernama 5 perdana Menteri Malaysia, terdapat beberapa gambar Perdana Menteri Malaysia di situ. Sediakan satu “slide” persembahan yang memaparkan kelima – lima gambar perdana Menteri Malaysia dan sertakan sejarah atau maklumat yang berkaitan dengan kelima – lima perdana menteri tersebut. Bermula daripada Tunku Abdul Rahman bersertakan animasi yang menarik dengan menggunakan perisian “ Microsoft Power Point”.
Hint: gunakan buku panduan bagi menyiapkan tugasan ini. check point 5 perdana menteri berpandukan peta yang diberi.

Mercu tanda Malaysia

Diatas runtuhnya kota Melaka kita bina Putra Jaya. Putra Jaya merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan Negara kita Malaysia. Terdapat pelbagai mercu tanda Malaysia seperti Menara Kuala Lumpur, bangunan berkembar Petronas dan sebagainya. Pilih salah satu mercu tanda Malaysia yang telah disebut dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan mengikut kreativiti anda.
Hint: check point Mercu Tanda Malaysia berpandukan peta yang diberi.

Aku Anak Malaysia

Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 31 Ogos 1957. Pada tahun ini genaplah 50 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, luahkan rasa bangga anda dengan menulis mesaj kemerdekaan anda kepada pedana menteri @ seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan Microsoft word. Mengikut format berikut:
Font: Arial.
Spacing: 1.5 spacing.
Size : 14
Sebanyak 100 patah perkataan. Tugasan ini dikira tidak lengkap sekiranya mesej kemerdekaan kurang atau lebih daripada 100 patah perkataan. Setiap ahli perlu melaksanakan tugasan ini dengan menggunakan komputer yang disediakan.
Hint: check point Aku Anak Malaysia berpandukan peta yang diberi.

Kad ucapan

Negara kita Malaysia menyambut pelbagai perayaan setiap tahun. Hari raya disambut oleh masyarakat melayu, Tahun Baru Cina disambut oleh masyarakat Cina dan Deepavali oleh masyarakat India. Tujukan ucapan selamat hari raya kepada salah satu kumpulan lawan anda dengan menyediakan satu kad ucapan hari raya. Kad boleh disediakan dengan menggunakan perisian “Microsoft Publisher”.
Ucapan hari raya adalah tugasan wajib. Markah bonus akan diberikan kepada kumpulan yang menyediakan lebih kad ucapan lebih daripada satu perayaan.
Hint: check point Kad Ucapan berpandukan peta yang diberi dan gunakan buku panduan.

Kita Masyarakat Majmuk

Setiap masyarakat majmuk Negara kita mempunyai baju kebangsaan masing – masing. Baju kurung dan baju melayu adalah baju kebangsaan kaum melayu. Cheong Sam pakaian tradisi kaum cina dan sari adalah pakaian kaum India. Anda dikehendaki mencari gambar setiap baju kebangsaan setiap kaum. Gunakan internet dengan menaip kata kunci yang bersesuaian untuk membantu anda menyelesaikan tugas ini. Hint: check point Kita Masyarakat Majmuk berpandukan peta yang diberi dan gunakan buku panduan.

Chinese Zodiak

Mengikut kepercayaan orang cina tuah dan nasib mereka boleh dibaca mengikut zodiak setiap tahun baru cina. Anda dikehendaki pergi ke check point “Chinese zodiak” untuk memilih kesemua Chinese zodiak yang ada. Tugasan hanya dikira selesai sekiranya kumpulan anda berjaya mengumpul kesemua Chinese zodiak yang ada. Anda kehendaki mengulang tugasan ini sehingga mendapat jawapan yang tepat.
Hint: check point Chinese zodiak berpandukan peta yang diberi.
Guna Internet untuk semak pilihan yang betul, jika salah anda akan dikenakan denda.

Perayaan sepanjang tahun Negaraku Malaysia

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum kerana inilah Malaysia menjadi salah satu Negara yang unik kerana setiap tahun kita merayakan pelbagi perayaan. Untuk tugasan seterusnya anda dikehendaki pergi ke check point Perayaan sepanjang tahun Negaraku Malaysia untuk menyelesaikan teka silang kata yang berasaskan perayaan di Malaysia. Hint: check point Negeri Ku Tercinta peta yang diberi.

Kuiz IT dan umum

Untuk menguji sejauh mana pemahaman anda tentang latihan makmal computer yang diajar sebentar tadi dan pengetahuan am Negara kita. Selesaikan semua kuiz yang telah diberi. Tugasan hanya dikira selesai sekiranya anda berjaya menyelesaikan tugasan tersebut.

No comments:

WITH OUR SUPERVISOR

WITH OUR SUPERVISOR
mr.joe>>>Lane>>>CT>>>Shafa>>>Rosa>>>Lieza