Tuesday, November 6, 2007

Aku Anak Malaysia


Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 31 Ogos 1957.
Pada tahun ini genaplah 50 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat
Malaysia, luahkan rasa bangga anda dengan menulis mesaj kemerdekaan anda
kepada pedana menteri @ seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan Microsoft word. Mengikut format berikut:
Font: Arial.
Spacing: 1.5 spacing.
Size : 14
Sebanyak 100 patah perkataan. Tugasan ini dikira tidak lengkap sekiranya
mesej kemerdekaan kurang atau lebih daripada 100 patah perkataan. Setiap ahli
perlu melaksanakan tugasan ini dengan menggunakan komputer yang disediakan.
During the game, there are so many and much interesting things happened..seeing the work of all of the students is very impressive. they got so much ideas, and here are some of their faith in throwing out their feeling about our country. so amazing. they have to make these "ucapan" to our beloved Prime Minister in MS Word. Check them out!!



"Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai Kemerdekaan yang ke-50.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk menjaga keamanan Negara Malaysia. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-50,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya cuba akan menaikkan taraf ekonomi di Negara Malaysia.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini. "


"Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara bebas daripada penjajah.Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-50 dengan tema Malaysiaku gemilang kepada seluruh rakyat Malaysia.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memajukan Negara dan menjaga keamanan Negara ini. Negara ini bertuah kerana tiada berlakunya peperangan,perpecahan kaum dan rusuhan yang berlaku di Negara ini.kami juga berterima kasih kepada semua pejuang-pejuang Negara yang berkorban nyawa demi keamanan Negara ini."


"Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.Sungguhpun
berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.Selain itu,Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai dan menarik.Saya juga berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia bebas daripada sebarang jajahan luar selama 50 tahun.Apabila tiba musim perayaan,rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan agama.Selain itu,rakyat Malaysia juga menghormati adat,kaum dan agama masing-masing.Malaysia juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Saya berbangga kerana pemimpin yang telah menerajui negara Malaysia tidak mengamalkan sikap pilih kasih."


"Sebagai rakyat Malaysia,kami berasa bangga menjadi anak Malaysia. Kami berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-50 tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia di Negara lain. Kami juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga pada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL-haj yang memerdekakan Negara dengan tanpa pertumpahan darah."


"Pada tahun ini kita telah mencapai kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun.Kami sebagai rakyat Malaysia, berasa bangga di atas kemerdekaan yang kami kecapi dari tahun 1957 sehingga tahun 2007 ini.Kami juga menghargai segala jasa tokoh-tokoh pejuang kerana telah membenarkan kami bebas daripada penjajah Negara luar.Kami juga berterima kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.Ini membuatkan kami berasa amat bangga sekali.Dengan ini,kami sebagai rakyat Malaysia sungguh berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang yang telah berjuang dan sokongan rakyat Malaysia.Tanpa mereka,kita tidak akan dapat mengecapi apa yang ada pada Negara kita sekarang.Terima kasih kami ucapkan,”KERANAMU MALAYSIA”."


"Kami dari kumpulan 10 ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 50.Kami ingin meluahkan rasa bangga kami sebagai rakyat Malaysia kerana disebabkan kemerdekaan yg kami kecapi tahun ini dan membuat kami sedar bahawa kemerdekaan Negara ini seharusnya dikekalkan selama-lamanya.Disebabkan kemerdekaan yang telah kami kecapi walaupun berbilang kaum.Kami sungguh berbangga dengan Negara Malaysia kerana keadaannya tenteram dan tidak seperti Negara luar yang sentiasa berada di dalam keadaan darurat seperti Negara Iraq,Pakistan,Afghanistan,Thailand dan Indonesia.Dengan ini kami bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana kemakmuran dan kedamaian yang telah kami kecapi hari ini.Dengan ini juga,semoga generasi yg akan dtg dpt merasai kemerdekaan ini dgn selesa."


"Saya berasa bangga kerana telah menjadi rakyat Malaysia.Kami berasa gembira kerana telah mencapai kemerdekaan yang ke 50. Dengan ini saya berasa bangga di atas kemajuan Negara Malaysia.Kami juga berikrar ingin megikut rukun-rukun Negara seperti:
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Saya juga ingin melihat perdana menteri dan Yang Mulia Dipertuan Agong sihat sejahtera.Saya juga ingin menjaga nama baik Malaysia dan menjaga imej Malaysia.Saya juga berbangga kerana Negara Malaysia mempunyai ramai kaum dan berkembang dengan maju.
Saya juga berasa bangga kerana mempunyai Negara yang harmoni. "


"Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara kita daripada jajahan kuasa asing.
Rakyat juga harus memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara.
Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban untuk Negara, keselematan rakyat akan sentiasa terjamin.
Selain itu, kita haruslah mengharumkan nama Negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama Negara kita. Sebagai contoh Nicol Ann David yang cemerlang dalam sukan skuash dan sekali gus menjadi pemain nombor satu di dunia. "




No comments:

WITH OUR SUPERVISOR

WITH OUR SUPERVISOR
mr.joe>>>Lane>>>CT>>>Shafa>>>Rosa>>>Lieza